Photobucket

DEMAM- Tip untuk cepat sembuh.

Kajian bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bagi  perundingan pesakit di klinik pesakit luar menunjukkan 70 peratus pesakit mengadu dengan keluhan demam. 60 peratus merupakan demam akibat jangkitan saluran pernafasan atas- jangkitan di tekak (pharynx), jangkitan tonsil, belakang tekak( larynx) atau jangkitan saluran pernafasan bawah- tracheitis, bronchitis,bronchiolitis.
Setiap dari kita tentunya akan mengalami demam sepanjang hidup ini. Tidak mengira umur dan jantina. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan perempuan serta warga emas tentu akan mengalaminya. Ia lebih kerap terjadi kepada kumpulan rentan iaitu bayi, kanak-kanak dan warga emas. Juga pemulihan lebih lambat pada peringkat usia ini.
Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
Ramai yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.
Tahukah anda bahawa jangkitan paru-paru masih merupakan penyebab jangkitan yang paling sering manjangkiti warga emas tetapi tanpa gejala demam atau batuk. Kebanyakan mereka hanya tidak lalu makan sahaja dan menyebabkan penyusutan tubuh secara mendadak. Keadaan ini menunjukkan mekanisma sistem tubuh telah menjadi lemah dan  mekanisma gagal memberi reaksi  yang sepatutnya.
Lapan puluh peratus penyebab demam secara tiba-tiba disebabkan oleh pendedahan tubuh kepada satu jenis virus-virus baru bilamana tiada antibodi yang khusus yang telah terhasil di dalam tubuh untuk membunuh virus tersebut . Sejak dulu, kini dan akan datang- virus masih merupakan 80 peratus  demam pada manusia. Virus mengalami perubahan mutasi dengan sedikit perubahan strukturnya.Akibatnya tubuh perlu menghasilkan antibodi baru untuk membunuhnya. Ramai di antara pesakit yang mengalami demam akibat virus akan bertanya, virus tu apa doktor?

Belum ada lagi buku di pasaran yang mengupas tajuk ini secara terperinci. Oleh itu saya mengambil inisiatif ini untuk membuka minda anda untuk membantu anda lebih memahami apa yang terjadi di dalam diri apabila anda demam dan bagaimana menangani demam dengan lebih berkesan. Sekiranya setiap orang bertanggungjawab untuk menambah sedikit pengetahuan ini walaupun kedengarannya biasa tetapi saya berharap usaha ini ia dapat membantu mnegurangkan kedatangan ke  unit kecemasan hospital. Sekiranya anda tahu megendalian kes demam dan memahami kes-kes mana yang bahaya dan memerlukan rawatan segera di hospital.
Berbagai persoalan mudah seperti mengenal agen-agen pertahanan badan di dalam diri kita sendiri. Mengenal demam yang bagaimana yang merbahaya termasuk kupasan mengenai cirit birit dan denggi di dalam buku ini.
Dapatkannya sebuah bagi sebuah rumah. Semoga usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada anda dalam rangka memahami diri untuk lebih mengenali tuhan. Kesyukuran hanya kepada Allah. Taati perintahnya dan jauhi larangannnya serta sentiasa ingat kepadanya adalah tanda kecintaan kepada Rabb – Maha Pencipta ,Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Apakah fungsi ubat bagi demam akibat jangkitab virus?
Ubat-ubat yang diberikan bertujuan memberi kelegaan dari tanda-tanda jangkitan virus-virus ini seperti selsema, sakit sendi, sakit badan dan batuk.
Pemulihan tubuh dari jangkitan virus ini hanya apabila tubuh anda menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus-virus tersebut. 
Jangkamasa pemulihan dari semua jangkitan virus secara umumnya bergantung kepada berapa lama masa yang diperlukan oleh sistem pertahanan  anda menghasilkan antibodi khusus terhadap virus yang sedang menjangkiti anda.Antibodi perlu dihasilkan oleh tubuh sendiri. 

Sistem pertahanan tubuh anda adalah sistem pertahanan peribadi. Kekuatan sistem pertahanan tubuh masing-masing berbeza bergantung kepada makanan yang anda makan, ancaman kesihatan di persekitanan anda seperti pencemaran dari asap rokok sama ada anda adalah perokok atau perokok pasif. Faktor lain adalah pendedahan tubuh kepda bahan-bahan kimia seperti karbon monoksid dari asap kereta, racun serangga pada makanan, pengawet dan pewarna makanan. Juga bergantung kepada hormon-hormon stress yang teransang di dalam tubuh anda yang mengurangkan keberkesanan sistem pertahanan tubuh anda. Pemikiran positif dan amalan kerohanian yang berterusan juga mempengaruhi ketahanan sistem pertahanan tubuh anda.

Kajian saintifik di barat menunjukkan di antara 70 peratus sehingga 90 peratus kedatangan di klinik ada kaitan dengan stress. Stress menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang mempengaruhi keberkesanan sel-sel darah putih memantau penyebab penyakit dan melambatkan penghasilan tubuh membentuk antibodi.
Luangkan sedikit masa emas anda untuk menyelami mekanisma tubuh ini dan mengetahui apakah yang ada di dalam diri sendiri bagi membantu penyembuhan demam dengan lebih cepat dengan izin Allah.

Sudah terbit. DEMAM- TIP UNTUK CEPAT SEMBUH . Karya saya dan Tuan Haji Mohd.Razali. Penerbitan Utusan Publication Sdn Bhd.  Dapatkannya terus dengan menghantar sms ke 019 6198146 – BELI BUKU - nama dan alamat atau dari toko buku berhampiran. Hanya dengan harga RM 11.50 sahaja

3 comments:

  1. tq ats perkongsian maklumat...

  1. saya nak tanya ..saya demam panas secara tiba2 ..keesokan harinya demam tiba2 berkurangan tetapi selesema dan pening yg berterusan..apa maksud kalau sakit mcm tu??adakah ia normal atau tdak ?trima kasih..harap bls


  1. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

Post a Comment

Spicynodes