Photobucket

KEKALKAN SIHAT SEPANJANG HAYAT.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Mohon maaf kerana dah lama saya tak menulis kerana masalah teknikal.

Sihat- sakit, muda - tua, susah -senang, hidup-mati adalah lumrah kehidupan. Sesuatu yang kita nikmati hari ini adalah amanah Allah yang Allah titipkan kepada kita untuk melihat sesiapakah di antara kita yang paling bertaqwa.Melakukan sesuatu secara istiqamat adalah amat dituntut. Sesuatu ibadah  yang dilakukan sedikit sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik dari dibuat sekali banyak dan akhirnya bosan untuk diteruskan.

Terima kasih kepada semua pelanggan kami. Kami mendoakan semuga anda sentiasa dirahmati Allah. Kepercayaan anda dan keyakinan anda kami ucapkan ribuan terima kasih. Kami berbangga menjadi rakan penjagaan kesihatan anda secara berterusan . Anak- anak yang menjadi pelanggan tetap kami 11 tahun dulu telah berumur > 11 tahun sekarang.  Jika anak-anak bertemu saya di mana-mana tegurlah saya. Kemungkinan besar saya tak dapat mengecanali anda lagi. Sudah meningkat remaja anda semua. Saya  yang seusia ibu anda tentulah juga sudah bertambah usia meniti usia emas.

Perubahan semula jadi tubuh manusia adalah perubahan semulajadi yang ditentukan oleh Allah sebagai makhluknya. Mata dah rabun, uban dah bertabur, gigi nak gugur begitulah adatnya. Bagaimana menbantu diri sendiri untuk mengalami perubahan supaya tida seperti nenek nenek kita . Hindari diri dari bongkok, gigi biar tetap utuh. Kulit biar  kurang berkedut. Muka ceria dan boleh menjana ekonomi walau selepas usia 70an. Oh tidak lupa suami perlu dijaga kerana wanita ada seorang suami sahaja.

Dunia dah berubah. Tingkatkan ilmu untuk menambah nilai diri anda semuga kita semua dapat berbakti kepada manusia kerana Allah sehingga hujung nyawa di kandung badan. Manfaatkan perkembangan teknologi internet untuk tujuan yang baik. Penjagaan kesihatan jangan diambil sambil lewa.

Semasa sholat dalam perbuatan berdiri tegak, tangan kanan di atas tangan kiri di atas pusat,  Sholat sebagai satu waktu kerehatan. Lakukan pergerakan solat dengan perlahan dan penuh penghayatan. Ia sebagai satu senaman untuk setiap sendi dan pergerakan tubuh.
Jantung di sebelah kiri dada.Ingatlah jantung ini yang menjadi nadi penggerak di dalam tubuh manusia. Jagalah jantung. Kurangkan stress dan jaga pemakanan .Roh disuburkan dengan zikir dan bacaan Al Quran .

Amalan pengambilan minyak zaitun adalah baik sebagai amalan penjagaan jantung. Bagi mereka yang menghidapi darah tinggi, pengambilan omega 3 1000mg sehari dibuktikan dapat menghalang pembentukan (atherosceloris ) menimbunan lemak tidak baik ( low density lipoprotein- LDL)  di bawah dinding salur darah.
Pengambilan susu rendah  lemak tepu  dan tinggi kalsium adalah paling baik untuk diambil berterusan .

Sakit lutut ( arthritis), Radang kulit (dermatitis) atau alahan kulit, Radang saraf ( neuritis) adalah akibat radikal bebas yang menyebabkan kemusnahan tisu tubuh. Sakit akibat kekurangan oksigen yang sampai ke organ berkenaan. Minumlah susu kambing yang kurang menyebabkan kesan radang ini .

Berikut adalah fakta-fakta mengenai susu kambing:
1. Ia bersifat alkali , meneutralkan asid di dalam tubuh. Pengambilan lemak dan menjadi asid lemak, protein dari daging dan sayuran kekacang akan menjadi asid amino.
2.Ia mudah hadam.
3.Kandungan laktosa yang rendah. 7% lebih rendah dari susu lembu. Ia sesuai untuk diambil semasa cirit birit. Juga sebagai alternatif bagi mereka yang alahan terhada laktosa.
4.Ia mengandungi asid lemak yang baik . Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenagan manusia.
5. Ia tidak memekatkan lendir sebagaimana susu lembu. Bayi akan muntah sekiranya mengalami selsema kerana kesan ini memekatkan lendir selepas bayi minum susu.
6.Ia kaya dengan selenium - antioksida untuk meningkatkan pertahanan badan .
7.Ia mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi - antipenuaan dan mengurangkan radang sendi.
8.Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi berfungsi mengawal tekanan darah.
9.Riboflavin di dalam susu kambing perlu untuk pembebasan tenaga di dalam sel tubuh dan membantu mengawal lelah, eczema, kembung perut dan insomnia.
10. Ia mengandungi siliokon dan florine yang tinggi bagi pencegahan kencing manis and anti barah.

Beramallah dengan amalan minum susu kerana ia sunnah nabi. Beruntungnya jika kita dapat menjadikan ia sebagai minuman sepanjang hayat.


Susu rendah lemah dan tinggi kalsium ini di jual di Klinik Ummu 'Ammar. Sebarang pertanyaan sila sms ke nombor berikut 0196198146.

Selamat mencuba .

Spicynodes