DEMAM- Tip untuk cepat sembuh.

Kajian bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bagi  perundingan pesakit di klinik pesakit luar menunjukkan 70 peratus pesakit mengadu dengan keluhan demam. 60 peratus merupakan demam akibat jangkitan saluran pernafasan atas- jangkitan di tekak (pharynx), jangkitan tonsil, belakang tekak( larynx) atau jangkitan saluran pernafasan bawah- tracheitis, bronchitis,bronchiolitis.
Setiap dari kita tentunya akan mengalami demam sepanjang hidup ini. Tidak mengira umur dan jantina. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan perempuan serta warga emas tentu akan mengalaminya. Ia lebih kerap terjadi kepada kumpulan rentan iaitu bayi, kanak-kanak dan warga emas. Juga pemulihan lebih lambat pada peringkat usia ini.
Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
Ramai yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.
Tahukah anda bahawa jangkitan paru-paru masih merupakan penyebab jangkitan yang paling sering manjangkiti warga emas tetapi tanpa gejala demam atau batuk. Kebanyakan mereka hanya tidak lalu makan sahaja dan menyebabkan penyusutan tubuh secara mendadak. Keadaan ini menunjukkan mekanisma sistem tubuh telah menjadi lemah dan  mekanisma gagal memberi reaksi  yang sepatutnya.
Lapan puluh peratus penyebab demam secara tiba-tiba disebabkan oleh pendedahan tubuh kepada satu jenis virus-virus baru bilamana tiada antibodi yang khusus yang telah terhasil di dalam tubuh untuk membunuh virus tersebut . Sejak dulu, kini dan akan datang- virus masih merupakan 80 peratus  demam pada manusia. Virus mengalami perubahan mutasi dengan sedikit perubahan strukturnya.Akibatnya tubuh perlu menghasilkan antibodi baru untuk membunuhnya. Ramai di antara pesakit yang mengalami demam akibat virus akan bertanya, virus tu apa doktor?

Belum ada lagi buku di pasaran yang mengupas tajuk ini secara terperinci. Oleh itu saya mengambil inisiatif ini untuk membuka minda anda untuk membantu anda lebih memahami apa yang terjadi di dalam diri apabila anda demam dan bagaimana menangani demam dengan lebih berkesan. Sekiranya setiap orang bertanggungjawab untuk menambah sedikit pengetahuan ini walaupun kedengarannya biasa tetapi saya berharap usaha ini ia dapat membantu mnegurangkan kedatangan ke  unit kecemasan hospital. Sekiranya anda tahu megendalian kes demam dan memahami kes-kes mana yang bahaya dan memerlukan rawatan segera di hospital.
Berbagai persoalan mudah seperti mengenal agen-agen pertahanan badan di dalam diri kita sendiri. Mengenal demam yang bagaimana yang merbahaya termasuk kupasan mengenai cirit birit dan denggi di dalam buku ini.
Dapatkannya sebuah bagi sebuah rumah. Semoga usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada anda dalam rangka memahami diri untuk lebih mengenali tuhan. Kesyukuran hanya kepada Allah. Taati perintahnya dan jauhi larangannnya serta sentiasa ingat kepadanya adalah tanda kecintaan kepada Rabb – Maha Pencipta ,Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Apakah fungsi ubat bagi demam akibat jangkitab virus?
Ubat-ubat yang diberikan bertujuan memberi kelegaan dari tanda-tanda jangkitan virus-virus ini seperti selsema, sakit sendi, sakit badan dan batuk.
Pemulihan tubuh dari jangkitan virus ini hanya apabila tubuh anda menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus-virus tersebut. 
Jangkamasa pemulihan dari semua jangkitan virus secara umumnya bergantung kepada berapa lama masa yang diperlukan oleh sistem pertahanan  anda menghasilkan antibodi khusus terhadap virus yang sedang menjangkiti anda.Antibodi perlu dihasilkan oleh tubuh sendiri. 

Sistem pertahanan tubuh anda adalah sistem pertahanan peribadi. Kekuatan sistem pertahanan tubuh masing-masing berbeza bergantung kepada makanan yang anda makan, ancaman kesihatan di persekitanan anda seperti pencemaran dari asap rokok sama ada anda adalah perokok atau perokok pasif. Faktor lain adalah pendedahan tubuh kepda bahan-bahan kimia seperti karbon monoksid dari asap kereta, racun serangga pada makanan, pengawet dan pewarna makanan. Juga bergantung kepada hormon-hormon stress yang teransang di dalam tubuh anda yang mengurangkan keberkesanan sistem pertahanan tubuh anda. Pemikiran positif dan amalan kerohanian yang berterusan juga mempengaruhi ketahanan sistem pertahanan tubuh anda.

Kajian saintifik di barat menunjukkan di antara 70 peratus sehingga 90 peratus kedatangan di klinik ada kaitan dengan stress. Stress menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang mempengaruhi keberkesanan sel-sel darah putih memantau penyebab penyakit dan melambatkan penghasilan tubuh membentuk antibodi.
Luangkan sedikit masa emas anda untuk menyelami mekanisma tubuh ini dan mengetahui apakah yang ada di dalam diri sendiri bagi membantu penyembuhan demam dengan lebih cepat dengan izin Allah.

Sudah terbit. DEMAM- TIP UNTUK CEPAT SEMBUH . Karya saya dan Tuan Haji Mohd.Razali. Penerbitan Utusan Publication Sdn Bhd.  Dapatkannya terus dengan menghantar sms ke 019 6198146 – BELI BUKU - nama dan alamat atau dari toko buku berhampiran. Hanya dengan harga RM 11.50 sahaja

Motivasi bersenam- Sedarlah Jantung ini belum mati.

SEDARLAH –JANTUNG INI BELUM  MATI.
                Teringat arwah Ahmad Adib, anak ke tigaku  yang menghembuskan nafas terakhir tanggal 20.2.1997 pada usia setahun 9 bulan. Di wad pemerhatian kanak-kanak Hospital Alor Setar akibat pembengkakan jantung yang menanti jantung baru dari penderma yang sesuai. Resah sebelum ajalnya sampai. Si kecil yang tak berdosa ini juga terasa amat sakit sebelum nyawa meninggalkannya. Air sambungan di lengannya meleleh tak  mampu lagi memasuki tubuh.  Saat akhir mungkin terasa amat haus, dia menunjuk  bekas air di tepi katilnya. Ku suakan cawan berisi air ke mulutnya. Tiba-tiba dia tersedak dan tak sedarkan diri. Hampir setengah jam doktor bertugas dan pakar kanak-kanak melakukan resussitasi ke atasnya. Innalillahi wainna Ilaihi raji’un. Jam 9.15 malam itu Ahmad Adib disahkan meninggal dunia. Jantungnya yang membengkak dan lemah sudah tidak berdenyut lagi.
Kecil, besar, tua dan muda tidak terkecuali. Apabila ajalnya sampai tidak akan di lengahkan walau sesaat jua.
Untukku  dan kalian dengan jantung yang  masih berdenyut.  Sedikit nukilan untuk renungan bersama agar  jantung  sebesar gengaman tangan di kiri dada dihargai. Jantung ini yang tidak pernah berhenti berdenyut  .  Bermula dari usia  3 minggu di dalam rahim ibu hingga kini.
Mari bersama menyusuri  salur darah ke seluruh bahagian sel di dalam tubuh. Kita bermula dari bahagian kanan jantung. Darah ini telah melewati jantung yang membekali dirinya sendiri, tekak,esophagus,gaster,6 meter usus kecil, 1.5 meter usus besar, pancreas, otak, mata, telinga, saraf tunjang, rahim, ovary pada wanita, kelenjar prostat dan zakar pada lelaki,limpa,otot-otot badan buah pinggang . Semua darah mengalir ke  pembuluh tengah bahagian tubuh ( vena kava) akan menuju ke hati (hepar) dan seterusnya ke jantung kanan iaitu bilik atas kanan jantung (atrium kanan)  bilik bawah kiri jantung (Ventrikul kanan). Injap pemisah atrium kanan dan ventricle kanan tertutup. Pada masa yang sama: darah dari ventrikel kanan dipam keluar ke paru-paru  untuk menyahkan karbon dioksida. Darah dari bilik bawah jantung (ventrikel kiri) dipam keluar keseluruh bahagian tubuh.  Pengepaman jantung setelah darah terkumpul di dalam jantung boleh diukur menggunakan sphegnomenometer – “Tekanan darah Puan 120/80”. Bacaan tekanan darah 120mmHG merupakan tekanan bilik bawah jantung manakala 80mmHG adalah tekanan bilik atas jantung.  
Darah yang memasuki bahagian kanan jantung ini kaya dengan C02 dan vitamin larut lemak dari pengaliran cecair limfa terutama dari usus kecil dengan keluasan unjuran usus kecil(mikrovilli) dengan  keluasan satu padang bola sepak .  
Pernafasan yang normal berlaku tanpa disedari. Tetapi amat azab bagi yang menhidap serangan bronchial asthma atau Penyakit Penyempitan Salu Pernafasan yang kronik(COPD atau Chronic Osbtructive Airway Disease bagi penghisap rokok tegar). Oksigen diikat oleh rantaian di dalam sel darah merah.  Setelah tepu dengan oksigen darah dari paru-paru mengalir ke dalam jantung kiri. Mereka akan memasuki jantung kiri(atrium kiri dan terus ke ventrikel kiri).
Pengaliran  darah dari bilik atrium ke bilik ventrikel berlaku dalam 0.3 saat. LUB DUB-LUB DUB . Bunyi  apa tu?Ia adalah bunyi penutupan injap .LUB terhasil  bila injap pemisah di antara bilik jantung atas dan bawah tertutup .DUB kedengaran apabila injap dari pemisah bilik bawah jantung ke paru-paru serta injap pemisah di antara bilik bawah jantung dan salur darah keluar dari jantung tertutup. Kuatnya bunyi penutup bahagian jantung ini ya.
Anda dapat mendengar bunyi LUB DUB di bahagian kiri dada.Tak percaya???cuba adik-adik peluk ibu , rapatkan telinga ke dada ibu. Bunyi LUB DUB  ini menyamankan.
Anda dapat merasai denyutan jantung ini pada waktu shalat semasa kedudukan berdiri pada posisi normal.Tangan kiri pada bahagian kiri dada  dan tangan kanan di atas tangan kiri. Bertemu dua pergelangan tangan ini.
Jantung terletak di bawah tapak tangan. Seolah-olah hati dan jiwa serta fizikal bersatu.Syahdu berlagu pujian kepada Rabb.Pencipta sekalian alam. Arrahman- Maha Pemurah. Arrahim- Maha Pengasihani. Ingatlah mencari  kerehatan di dalam shalat. Rehatkan otak, rehatkan otot-otot yang  tegang setelah sepagi bekerja.  Banyak lagi faedahnya untuk kesihatan.
Satu perkara yang amat penting waktu shalat waktu khusus talian hayat. Kita menghubungi Allah  secara online tanpa gangguan -24434.( Dua rakaat Subuh, 4 rakaat Zohor, 4 rakaat Asar, 3 rakaat Maghrib dan 4 rakaat Isyak). Talian yang mudah tapi  berat dilakukan kerana pendorongnya adalah iman. Kemanisan dan kerehatan hanya diperolehi dengan mencari kekhusyukan sholat. Penuh ketundukan.  Kerendahan diri seorang hamba Allah.
Tangan kanan di atas dada, tangan kiri di atas tangan kanan. Bukankah begini kedudukan kanan setelah anda di kapankan sebelum di masukkan keliang lahad. Sewaktu shalat, ingatkan diri sentiasa menyedari, hidup ini tempat persinggahan.  Selepas shalat, hidup diteruskan lagi, tetapi Allah sentiasa di dalam ingatan dan hati. LUB DUB LUB DUB.  Sayangi Jantung ini selagi ia belum mati.
Perjalanan menyusuri salur darah akan diteruskan lagi.

Jom bersenam SIRI 1

Bersenam adalah satu cara meningkatkan suhu badan supaya semua fungsi organ berjalan dengan kadar maksima. Umpama memandu kereta 80 kali sejam. Jangan memandu had melebihi 80 , boleh ke. Ini adalah perumpamaan denyutan jantung 80 kali seminit. Semasa melakukan senaman berturutan ia meningkatkan denyutan jantung dengan sihat.Peningkatan jantung semasa tergesa-gesa melakukan kerja tak sama dengan peningkatan denyutan jantung semasa bersenam.
Celik mata ucaplah ‘Bismillah Irrahman Irrahim.Alhamdulillahi llazi ahyana ba’dama amatana wailaihin nusyur’. Ia sebagai satu perterjemahan AIl Fatihah di dalam kehidupan.
Kalau rasa tegang urat bahu,  tolehkan kepala ke kanan dan kira dengan kiraan 8 baru toleh kepala ke kiri dan kira dengan kiraan 8.
Jika dah ringan badan sikit berdirilah di tepi katil anda .Hayunkan kaki berjalan setempat sehingga badan terasa ringan . Kemudian tendangkan kaki ke depan – kaki kanan dan kaki kiri berselang. Lenggangkan tangan dengan pergerakan santai. Ha.. nak berjalan macam itik pulang petang pun boleh. Inilah masa nak berlenggang lenggok, bila lagi.
Selepas penat menendang ke depan angkat kaki ke atas seperti pergerakan ‘marching’ atau berkawat . Angkat kaki tinggi sedikit dari pergerakan berjalan biasa.
Dah penat angkat kaki ke depan , langkah kaki selangkah ke kanan dan ke kiri. Kalau ada muzik ok juga. “Boleh menyelam sambil minum air.” Ini kata pepatah, cara begini meningkatkan kualiti penggunaan masa.
Cuba berdiri dengan sebelah kaki  dengan sebelah kaki di hayun ke belakang. Berselang kaki kanan dan kaki kiri. Ini membantu memecahkan lemak di bahagian punggung.  Satu variasi lain adalah dengan pergerakan ‘Leg curl’ iaitu dengan melangkah selangkah ke kiri dan kanan, lutut di bengkokkan ke belakang.
Anda boleh juga melihat video di bahagian kiri blog ini untuk bersama-sama melakukan senaman mudah ini
Saya berharap kita dapat melakukan senaman mudah ini 10 minit sebelum ke bilik mandi setiap hati bermula hari ini.


Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.

Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”.
Berbagai cara pengubatan. Perubatan moden atau perubatan alopathy merupakan perubatan berdasarkan kajian saintifik yang dibuktikan melalui kajian saintifik. Kajian dilakukan di pusat menyelidikan perubatan dengan belanja yang besar. Selain ini  perubatan alternatif seperti akupuntur juga dibuktikan secara kajian saintifik untuk tujuan pengubatan tetapi kaedah perawatan ini tidak termasuk di dalam pembelajaran kursus perubatan.
Terdapat juga berbagai kaedah perubatan  dalam  perawatan penyakit walaupun tanpa kajian pembuktian saintifik. Ia membuktikan bahawa tubuh manusia adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Ramai juga yang memperolehi kesan penyembuhan dengan pengambilan vitamin dan zat makanan. Penyakit akan sembuh apabila kekurangan tersebut dipulihkan dengan izin Allah.
Saya hanya seorang ‘General Practitioner’.
“ Eleh! Doktor tu nak tunjuk pandai. Bukannya aku tak tahu, Cuma tak nak bagi tahu je.” Begitu bisik hati Yas. Ada juga yang datang kerana memenuhi prosedur rujukan pakar.  Kata mereka: “Saya nak dapatkan surat rujukan sahaja.” Saya akan cuba memenuhi kehendak anda kerana perawatan berdasarkan kepercayaan anda terhadap perawat anda walaupun sepatutnya rujukan hanya diberikan setelah anda mendapatkan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Perawatan berdasarkan kepercayaan anda terhadap  perawat . Anda akan sembuh dengan izin Allah.
Inilah di antara kerenah pesakit. Memanglah saya bukan doktor pakar, hanya seorang doktor biasa yang ada basic degree sahaja.Walaubagaimanapun saya adalah seorang hamba Allah. Sekiranya maklumat yang disampaikan bermanfaat untuk anda, Alhamdulillah. Sekiranya cara penyampaian saya seolah-olah gaya menunjuk- nunjuk, saya memohon maaf .
Kaedah perawatan bukan hanya dengan ubat. Penjagaan kesihatan primer adalah merangkumi kaedah pencegahan penyakit dan perawatan. Kerap kali masalah kesihatan terjadi kerana tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Unsur  di dalam tubuh manusia menyamai unsur  tanah. Fungsi sistem tubuh dan sel-sel tubuh memerlukan zat-zat makanan yang berbeza. Tentu sekali keperluan ini tidak akan dipenuhi dengan tabiat makan daging sahaja  misalnya. Lebih-lebih lagi dengan pertambahan  pengetahuan, amalan baik juga bertambah .Kita  lebih menghayati kejadian diri dan mensyukuri nikmat sihat. Semuga nikmat ini berkekalan sehingga akhir hayat.
Masalah kesihatan yang berulang akibat sembelit misalnya kemungkinan kerana tabiat makan yang tidak seimbang dan kurang pengambilan air. Sekiranya tabiat pemakanan tidak diubah, ia mengundang penyakit buasir, kembung perut dan batu karang.  Ada juga yang mengatakan, walaupun beliau obese seperti mana ahli keluarga yang lain, mengapa dia perlu menukar gaya pengambilan makanan. Setiap dari kita adalah berbeza. Bak kata pepatah: Ukur baju di badan sendiri. Ada orang yang kurus tetapi mengidap penyakit tinggi kolesterol dalam darah (hypercholesteronaemia). Mengapa begini?
Pencegahan lebih baik dari perawatan penyakit.
Masalah otot-otot dan sendi kerap dihadapi oleh 20 peratus lawatan . Masalah ini terjadi  akibat postur tubuh yang tidak betul.  Rasulullah mengajar untuk berdiri tegak pada postur normal di dalam shalat.
Tabiat mengorek telinga adalah kebanyakan  masalah telinga. Tubuh anda dijadikan Allah. Pemahaman mengenai fungsi dan keperluan tubuh perlu diketahui bertujuan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hayat.
Risiko penyakit akan meningkat dengan penambahan ukur lilit pinggang sekiranya melebihi 90cm bagi lelaki dan 80cm bagi wanita. Lemak perlu untuk menebat tubuh dari suhu . Ia juga sebagai simpanan  tenaga untuk kegunaan di waktu yang lain. Tetapi lemak di keliling organ akan mengganggu fungsi organ tersebut. Tambahan pula ia mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengganggu proses keseimbangan dalam tubuh.
Mungkin ramai juga yang berkata-kata di dalam hati: “ Jururawat dan doktor pun sama juga badan macam aku”.  Bersama-samalah kita mengamalkan apa yang diketahui untuk kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri. Secara umumnya, berat  badan akan meningkat selari dengan peningkatan umur. Pengawalan  berat badan perlu dilakukan berterusan. Mungkin anda telah bersenam dan mengurangkan pengambilan makanan tinggi glisemik tetapi tiada penurunan berat badan. Jangan putus asa, kemungkinan besar tanpa melakukan yang demikian, berat badan anda akan terus meningkat mungkin sekilogram setiap minggu.
Perkongsian maklumat untuk kekal sejahtera sepanjang hayat bukan perawatan penyakit sahaja.
Sabda  Rasulullah yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”. Di antara sedekah adalah menuturkan perkataan yang baik. Juga sebagai peringatan untuk diri sendiri. Tak ada sedikit pun niat untuk menunjuk-nunjuk.
 Saya teringat suatu ketika di minggu suaikenal kemasukan pelajar-pelajar baru di Universiti Kebangsaan Malaysia, di antara sessi perkongsian maklumat di antara ahli adalah tingkap Jauhari. Saya pasti anda pun dah tahu.Terdapat 4 kotak – 1. Engkau tahu , aku tahu. 2. Engkau tahu, aku tak tahu. 3.Aku tahu, engkau tak tahu. 4 Engkau tak tahu. Aku tak tahu. Sekiranya kotak : engkau tak tahu dan aku tak tahu dibesarkan seluas permukaan kertas, 3 kotak itu akan hanya kelihatan seperti titik-titik sahaja. Ini adalah perbandingan ilmu Allah dan ilmu manusia.
Seorang yang pakar dari satu bidang, banyak lagi bidang lain yang tidak diketahuinya. Saya pun masih terus belajar. Jadi kurang-kurangkanlah menonton televisyen atau menghabiskan masa di internet dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Tambahkanlah ilmu  dengan membaca. Kajian mendapati, nyanyuk atau Alzheimer boleh dikurangkan dengan mengurangkan waktu menonton rancangan televisyen. Menonton televisyen adalah satu maklumat pasif, jalan cerita ditentukan oleh pengarah tanpa memerlukan penggunaan maklumat untuk menperolehi satu keputusan.
Seorang professor yang beristeri  dua, beliau tidak datang membantu sewaktu rumah isteri pertama di timpa banjir kerana kebetulan hari tersebut adalah hari giliran isteri kedua. Mungkin orang ini adalah seorang yang bijak pandai tetapi gagal menjalankan tugas sebagai suami hanya kerana nafsu bukan berlandaskan ilmu wahyu.
AlMaidah ayat 3 “ ………..Pada hari ini telah aku sempurnakan  bagi kamu agamamu, Aku telah cukupkan nikmatku kepadamu dan aku telah redha Islam itu sebagai agama kamu.”
Otak adalah organ di mana maklumat disimpan dan membolehkan anda menjadi seorang bijak pandai dalam berbagai bidang. Rangkuman semua kepandaian ini masih jauh sekali dari menandingi ciptaan Allah.
Tanpa bekalan darah dan glukos dalam masa 4 minit sel-sel otak akan mula mati. Sel-sel otak akan mengalami kerosakan berkekalan apabila darah tidak samapi ke otak melebihi 10 minit. Nikmat yang diberi Allah ini perlu disyukurilah kerana kecelakaan sekelip mata akan menyebabkan anda hidup tetapi seolah-olah telah mati kerana otak  tidak berfungsi lagi.


Spicynodes