Photobucket

Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.

Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”.
Berbagai cara pengubatan. Perubatan moden atau perubatan alopathy merupakan perubatan berdasarkan kajian saintifik yang dibuktikan melalui kajian saintifik. Kajian dilakukan di pusat menyelidikan perubatan dengan belanja yang besar. Selain ini  perubatan alternatif seperti akupuntur juga dibuktikan secara kajian saintifik untuk tujuan pengubatan tetapi kaedah perawatan ini tidak termasuk di dalam pembelajaran kursus perubatan.
Terdapat juga berbagai kaedah perubatan  dalam  perawatan penyakit walaupun tanpa kajian pembuktian saintifik. Ia membuktikan bahawa tubuh manusia adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Ramai juga yang memperolehi kesan penyembuhan dengan pengambilan vitamin dan zat makanan. Penyakit akan sembuh apabila kekurangan tersebut dipulihkan dengan izin Allah.
Saya hanya seorang ‘General Practitioner’.
“ Eleh! Doktor tu nak tunjuk pandai. Bukannya aku tak tahu, Cuma tak nak bagi tahu je.” Begitu bisik hati Yas. Ada juga yang datang kerana memenuhi prosedur rujukan pakar.  Kata mereka: “Saya nak dapatkan surat rujukan sahaja.” Saya akan cuba memenuhi kehendak anda kerana perawatan berdasarkan kepercayaan anda terhadap perawat anda walaupun sepatutnya rujukan hanya diberikan setelah anda mendapatkan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Perawatan berdasarkan kepercayaan anda terhadap  perawat . Anda akan sembuh dengan izin Allah.
Inilah di antara kerenah pesakit. Memanglah saya bukan doktor pakar, hanya seorang doktor biasa yang ada basic degree sahaja.Walaubagaimanapun saya adalah seorang hamba Allah. Sekiranya maklumat yang disampaikan bermanfaat untuk anda, Alhamdulillah. Sekiranya cara penyampaian saya seolah-olah gaya menunjuk- nunjuk, saya memohon maaf .
Kaedah perawatan bukan hanya dengan ubat. Penjagaan kesihatan primer adalah merangkumi kaedah pencegahan penyakit dan perawatan. Kerap kali masalah kesihatan terjadi kerana tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Unsur  di dalam tubuh manusia menyamai unsur  tanah. Fungsi sistem tubuh dan sel-sel tubuh memerlukan zat-zat makanan yang berbeza. Tentu sekali keperluan ini tidak akan dipenuhi dengan tabiat makan daging sahaja  misalnya. Lebih-lebih lagi dengan pertambahan  pengetahuan, amalan baik juga bertambah .Kita  lebih menghayati kejadian diri dan mensyukuri nikmat sihat. Semuga nikmat ini berkekalan sehingga akhir hayat.
Masalah kesihatan yang berulang akibat sembelit misalnya kemungkinan kerana tabiat makan yang tidak seimbang dan kurang pengambilan air. Sekiranya tabiat pemakanan tidak diubah, ia mengundang penyakit buasir, kembung perut dan batu karang.  Ada juga yang mengatakan, walaupun beliau obese seperti mana ahli keluarga yang lain, mengapa dia perlu menukar gaya pengambilan makanan. Setiap dari kita adalah berbeza. Bak kata pepatah: Ukur baju di badan sendiri. Ada orang yang kurus tetapi mengidap penyakit tinggi kolesterol dalam darah (hypercholesteronaemia). Mengapa begini?
Pencegahan lebih baik dari perawatan penyakit.
Masalah otot-otot dan sendi kerap dihadapi oleh 20 peratus lawatan . Masalah ini terjadi  akibat postur tubuh yang tidak betul.  Rasulullah mengajar untuk berdiri tegak pada postur normal di dalam shalat.
Tabiat mengorek telinga adalah kebanyakan  masalah telinga. Tubuh anda dijadikan Allah. Pemahaman mengenai fungsi dan keperluan tubuh perlu diketahui bertujuan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hayat.
Risiko penyakit akan meningkat dengan penambahan ukur lilit pinggang sekiranya melebihi 90cm bagi lelaki dan 80cm bagi wanita. Lemak perlu untuk menebat tubuh dari suhu . Ia juga sebagai simpanan  tenaga untuk kegunaan di waktu yang lain. Tetapi lemak di keliling organ akan mengganggu fungsi organ tersebut. Tambahan pula ia mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengganggu proses keseimbangan dalam tubuh.
Mungkin ramai juga yang berkata-kata di dalam hati: “ Jururawat dan doktor pun sama juga badan macam aku”.  Bersama-samalah kita mengamalkan apa yang diketahui untuk kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri. Secara umumnya, berat  badan akan meningkat selari dengan peningkatan umur. Pengawalan  berat badan perlu dilakukan berterusan. Mungkin anda telah bersenam dan mengurangkan pengambilan makanan tinggi glisemik tetapi tiada penurunan berat badan. Jangan putus asa, kemungkinan besar tanpa melakukan yang demikian, berat badan anda akan terus meningkat mungkin sekilogram setiap minggu.
Perkongsian maklumat untuk kekal sejahtera sepanjang hayat bukan perawatan penyakit sahaja.
Sabda  Rasulullah yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”. Di antara sedekah adalah menuturkan perkataan yang baik. Juga sebagai peringatan untuk diri sendiri. Tak ada sedikit pun niat untuk menunjuk-nunjuk.
 Saya teringat suatu ketika di minggu suaikenal kemasukan pelajar-pelajar baru di Universiti Kebangsaan Malaysia, di antara sessi perkongsian maklumat di antara ahli adalah tingkap Jauhari. Saya pasti anda pun dah tahu.Terdapat 4 kotak – 1. Engkau tahu , aku tahu. 2. Engkau tahu, aku tak tahu. 3.Aku tahu, engkau tak tahu. 4 Engkau tak tahu. Aku tak tahu. Sekiranya kotak : engkau tak tahu dan aku tak tahu dibesarkan seluas permukaan kertas, 3 kotak itu akan hanya kelihatan seperti titik-titik sahaja. Ini adalah perbandingan ilmu Allah dan ilmu manusia.
Seorang yang pakar dari satu bidang, banyak lagi bidang lain yang tidak diketahuinya. Saya pun masih terus belajar. Jadi kurang-kurangkanlah menonton televisyen atau menghabiskan masa di internet dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Tambahkanlah ilmu  dengan membaca. Kajian mendapati, nyanyuk atau Alzheimer boleh dikurangkan dengan mengurangkan waktu menonton rancangan televisyen. Menonton televisyen adalah satu maklumat pasif, jalan cerita ditentukan oleh pengarah tanpa memerlukan penggunaan maklumat untuk menperolehi satu keputusan.
Seorang professor yang beristeri  dua, beliau tidak datang membantu sewaktu rumah isteri pertama di timpa banjir kerana kebetulan hari tersebut adalah hari giliran isteri kedua. Mungkin orang ini adalah seorang yang bijak pandai tetapi gagal menjalankan tugas sebagai suami hanya kerana nafsu bukan berlandaskan ilmu wahyu.
AlMaidah ayat 3 “ ………..Pada hari ini telah aku sempurnakan  bagi kamu agamamu, Aku telah cukupkan nikmatku kepadamu dan aku telah redha Islam itu sebagai agama kamu.”
Otak adalah organ di mana maklumat disimpan dan membolehkan anda menjadi seorang bijak pandai dalam berbagai bidang. Rangkuman semua kepandaian ini masih jauh sekali dari menandingi ciptaan Allah.
Tanpa bekalan darah dan glukos dalam masa 4 minit sel-sel otak akan mula mati. Sel-sel otak akan mengalami kerosakan berkekalan apabila darah tidak samapi ke otak melebihi 10 minit. Nikmat yang diberi Allah ini perlu disyukurilah kerana kecelakaan sekelip mata akan menyebabkan anda hidup tetapi seolah-olah telah mati kerana otak  tidak berfungsi lagi.


0 comments:

Post a Comment

Spicynodes