SEDARLAH –JANTUNG INI BELUM MATI.
Teringat arwah Ahmad Adib, anak ke tigaku yang menghembuskan nafas terakhir tanggal 20.2.1997 pada usia setahun 9 bulan. Di wad pemerhatian kanak-kanak Hospital Alor Setar akibat pembengkakan jantung yang menanti jantung baru dari penderma yang sesuai. Resah sebelum ajalnya sampai. Si kecil yang tak berdosa ini juga terasa amat sakit sebelum nyawa meninggalkannya. Air sambungan di lengannya meleleh tak mampu lagi memasuki tubuh. Saat akhir mungkin terasa amat haus, dia menunjuk bekas air di tepi katilnya. Ku suakan cawan berisi air ke mulutnya. Tiba-tiba dia tersedak dan tak sedarkan diri. Hampir setengah jam doktor bertugas dan pakar kanak-kanak melakukan resussitasi ke atasnya. Innalillahi wainna Ilaihi raji’un. Jam 9.15 malam itu Ahmad Adib disahkan meninggal dunia. Jantungnya yang membengkak dan lemah sudah tidak berdenyut lagi.
Kecil, besar, tua dan muda tidak terkecuali. Apabila ajalnya sampai tidak akan di lengahkan walau sesaat jua.
Untukku dan kalian dengan jantung yang masih berdenyut. Sedikit nukilan untuk renungan bersama agar jantung sebesar gengaman tangan di kiri dada dihargai. Jantung ini yang tidak pernah berhenti berdenyut . Bermula dari usia 3 minggu di dalam rahim ibu hingga kini.
Mari bersama menyusuri salur darah ke seluruh bahagian sel di dalam tubuh. Kita bermula dari bahagian kanan jantung. Darah ini telah melewati jantung yang membekali dirinya sendiri, tekak,esophagus,gaster,6 meter usus kecil, 1.5 meter usus besar, pancreas, otak, mata, telinga, saraf tunjang, rahim, ovary pada wanita, kelenjar prostat dan zakar pada lelaki,limpa,otot-otot badan buah pinggang . Semua darah mengalir ke pembuluh tengah bahagian tubuh ( vena kava) akan menuju ke hati (hepar) dan seterusnya ke jantung kanan iaitu bilik atas kanan jantung (atrium kanan) bilik bawah kiri jantung (Ventrikul kanan). Injap pemisah atrium kanan dan ventricle kanan tertutup. Pada masa yang sama: darah dari ventrikel kanan dipam keluar ke paru-paru untuk menyahkan karbon dioksida. Darah dari bilik bawah jantung (ventrikel kiri) dipam keluar keseluruh bahagian tubuh. Pengepaman jantung setelah darah terkumpul di dalam jantung boleh diukur menggunakan sphegnomenometer – “Tekanan darah Puan 120/80”. Bacaan tekanan darah 120mmHG merupakan tekanan bilik bawah jantung manakala 80mmHG adalah tekanan bilik atas jantung.
Darah yang memasuki bahagian kanan jantung ini kaya dengan C02 dan vitamin larut lemak dari pengaliran cecair limfa terutama dari usus kecil dengan keluasan unjuran usus kecil(mikrovilli) dengan keluasan satu padang bola sepak .
Pernafasan yang normal berlaku tanpa disedari. Tetapi amat azab bagi yang menhidap serangan bronchial asthma atau Penyakit Penyempitan Salu Pernafasan yang kronik(COPD atau Chronic Osbtructive Airway Disease bagi penghisap rokok tegar). Oksigen diikat oleh rantaian di dalam sel darah merah. Setelah tepu dengan oksigen darah dari paru-paru mengalir ke dalam jantung kiri. Mereka akan memasuki jantung kiri(atrium kiri dan terus ke ventrikel kiri).
Pengaliran darah dari bilik atrium ke bilik ventrikel berlaku dalam 0.3 saat. LUB DUB-LUB DUB . Bunyi apa tu?Ia adalah bunyi penutupan injap .LUB terhasil bila injap pemisah di antara bilik jantung atas dan bawah tertutup .DUB kedengaran apabila injap dari pemisah bilik bawah jantung ke paru-paru serta injap pemisah di antara bilik bawah jantung dan salur darah keluar dari jantung tertutup. Kuatnya bunyi penutup bahagian jantung ini ya.
Anda dapat mendengar bunyi LUB DUB di bahagian kiri dada.Tak percaya???cuba adik-adik peluk ibu , rapatkan telinga ke dada ibu. Bunyi LUB DUB ini menyamankan.
Anda dapat merasai denyutan jantung ini pada waktu shalat semasa kedudukan berdiri pada posisi normal.Tangan kiri pada bahagian kiri dada dan tangan kanan di atas tangan kiri. Bertemu dua pergelangan tangan ini.
Jantung terletak di bawah tapak tangan. Seolah-olah hati dan jiwa serta fizikal bersatu.Syahdu berlagu pujian kepada Rabb.Pencipta sekalian alam. Arrahman- Maha Pemurah. Arrahim- Maha Pengasihani. Ingatlah mencari kerehatan di dalam shalat. Rehatkan otak, rehatkan otot-otot yang tegang setelah sepagi bekerja. Banyak lagi faedahnya untuk kesihatan.
Satu perkara yang amat penting waktu shalat waktu khusus talian hayat. Kita menghubungi Allah secara online tanpa gangguan -24434.( Dua rakaat Subuh, 4 rakaat Zohor, 4 rakaat Asar, 3 rakaat Maghrib dan 4 rakaat Isyak). Talian yang mudah tapi berat dilakukan kerana pendorongnya adalah iman. Kemanisan dan kerehatan hanya diperolehi dengan mencari kekhusyukan sholat. Penuh ketundukan. Kerendahan diri seorang hamba Allah.
Tangan kanan di atas dada, tangan kiri di atas tangan kanan. Bukankah begini kedudukan kanan setelah anda di kapankan sebelum di masukkan keliang lahad. Sewaktu shalat, ingatkan diri sentiasa menyedari, hidup ini tempat persinggahan. Selepas shalat, hidup diteruskan lagi, tetapi Allah sentiasa di dalam ingatan dan hati. LUB DUB LUB DUB. Sayangi Jantung ini selagi ia belum mati.
Perjalanan menyusuri salur darah akan diteruskan lagi.
Since I have been coming in with my knee problem and topping up my various medicines, I should be reading your relevant blogs. Good work.