Saya akan bersenam hari ini .

Ciptaan Allah yang paling baik adalah manusia.  Perbezaan terbesar di antara manusia dan objek ciptaan manusia adalah keupayaannya untuk mengadaptasi dengan persekitan. Tetapi ia memerlukan imput maklumat yang di lihat dengan mata atau di dengar dengan telinga atau di rasa dengan deria rasa bagi seorang yang buta.

Bagaimana membudayakan senaman setiap hari? Ia memerlukan imput dari mata, maklumat diperolehi dair majalah ini. Untuk aplikasi bagi memperolehi kebaikkan senaman tiada cara lain , anda perlu bermula melangkah untuk bergerak aktif.
Kata Puan Ami: “ Ish! Bersenam ni saya malaslah.
Ini adalah kenyataan yang biasa kedengaran. Ada yang mengatakan begini: “ Saya mengemas rumah dan berkejar ke tempat kerja tu bukan rasanya dah lebih bersenamlah tu”.
Bersenam ada 3 kriteria:
1.       Aerobik -Pergerakan sederhana dan berturutan  yang meningkatkan denyutan jantung  sehingga 70 peratus dari denyutan jantung biasa . Contohnya denyutan jantung 80 kali seminit akan meningkat kepada  134 kali seminit.
2.       Flexibility- membantu pelenturan otot-otot supaya memperbaiki sifat semulajadi otot yang anjal.
3.       Against  resistance- senaman terhadap beban.
Senaman aerobic bukan hanya terhad kepada senaman aerobic sahaja. Berjogging, berjalan pantas, berenang dan menari samaada  tarian lembut seperti ballet ,tarian melayu atau breakdance merupakan senaman aerobic. Perbezaan di antara kaedah senaman di atas adalah intensity sederhana dan intensity tinggi.
Senaman yang hanya menggunakan kaitan pelenturan tubuh sahaja adalah seperti yoga  dan taichi .
Manakala senaman terhadap beban disalah ertinya. Kebanyakan orang beranggapan ia hanya untuk kaum lelaki yang berminat menyertai sukan angkat berat sahaja. Sebenarnya senaman jenis ini perlu bagi wanita juga. Ia bertujuan memejalkan otoo-otot dan meningkatkan kekuatan untuk menanggung beban. Bagi wanita berumur 30 an, senaman ini merupakan satu senaman yang perlu. Ia membantu meningkatkan bekalan darah lebih banyak kepada sendi-sendi, otot-otot dan tulang-tulang.
Tahukah anda bahawa pembentukan tulang pada tahap maksima sehingga berumur 20an. Selepas umur tersebut, tulang akan mengalami penyusutan . Penyusutan ini akan lebih cepat selepas berumur 35 tahun dank e atas. Kadar pereputan tulang akan lebih cepat dari kadar pembentukan tulang baru.  Tulang memerlukan mineral kalsium, magnesium dan kalium. 
Ramai di dalam kalangan wanita beranggapan, kerja rumah biasa merupakan kaedah senaman juga.  Sekiranya anda membasuh kain baju dengan menggunakan tangan, ini meruapkan senaman. Hanya menekan butang mesin basuh sahaja tidak memadai meningkatkan denyutan jantung.
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Ada pepatah Inggeris mengatakan, : “Exercise is poor man plastic surgery”. Apa maksud ungkapan ini. Nanti akan saya kongsikan , Insya Allah. Juga apa senaman yang boleh dilakukan secara integrasi di dalam aktiviti harian.

Sakit kepala, sakit belakang dan sakit lutut

Semasa usia muda, tiada rasa sakit- sakit badan. Tiada rasa letih. Bertenaga sampai malam .Bila umur meningkat melebihi 30 an, mula merasa kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit lutut dan sakit perut. Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda keluhan tubuh. Ambil berat keluhan-keluhan ini. Ia menandakan ketidak seimbangan kimia dan serangan bahagian-bahagian tersebut oleh radikal-radikal bebas yang  menyebabkan kerosakan struktur-struktur bahagian tersebut. Kelebihan bahagian yang mengeluh, anda diberi tanda-tanda amaran menandakan kerosakan bahagian-bahagian tersebut secara perlahan-lahan.
Kerosakan organ-organ dalam terutama jantung dan buah pinggang dan kerosakan mata akan berlaku perlahan-lahan terutama bagi pesakit yang mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Satu penyakit yang ditakuti dan menyerang tiba-tiba adalah strok.
Penyumbatan salur darah di otak yang menyebabkan strok dan serangan sakit jantung secara tiba-tiba mungkin boleh meragut nyawa. Keadaan ini  boleh berlaku akibat stress secara fizikal yang menyebabkan dinding di dalam salur darah pecah dan meransang tindakan proses penampalan kebocoran salur darah ( oleh platelet) .Bahagian salur darah tersebut juga akan memuntahkan kandungan lemak dan tindakan memakan lemak-lemak yang terbebas ini oleh sel-sel darah putih (macrophage) akan menyebabkan penyumbatan salur darah secara menyeluruh. Aliran darah akan tersekat dari mengalir di kawasan itu. (atheroma)
Berikut adalah tanda-tanda keluhan tubuh dari kajian yang kami jalankan bersama rakan perunding kesejahteraan :
50 peratus respondan mengalamai keletihan, kurang bermaya menjelang malam,30peratus mengalami sakit sendi dan  10 peratus mengalami masalah tidak lena tidur dan 10 peratus lagi mengalami masalah kembung perut dan kebas tangan dan sakit tumit.

Sekiranya anda membaca blog ini dan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di atas: Sila berikan komen anda.  Bagaimanakah cara anda mengurangkan rasa-rasa  sakit ini?
 


Motivasi Bersenam setiap hari- Radikal bebas

MOTIVASI – SAYA AKAN BERSENAM HARI INI.
Peningkatan berat badan secara semulajadi akan meningkat sejajar dengan peningkatan umur. Ini adalah perubahan fisiologi semuladi. Kenapa ini terjadi?
Penambahan berat badan dan peningkatan ukur lilit pinggang adalah penunjuk yang tidak baik untuk kesihatan.  Apa yang terjadi apabila ukur lilit pinggang bertambah? Perut membuncit akibat menambahan sel-sel lemak di keliling organ di dalam badan. Ini terjadi di antara otot-otot licin yang mengelilingi usus kecil anda. Ia memenuhi omentum yang melekat pada organ-organ di dalan tubuh anda.
Apa yang perlu anda ketahui mengenai sel lemak yang berlebihan ini?
Nanti saya akan kongsikan dengan anda.
Bersenam adalah kemestian setelah umur mencapai 30 an. Mengapa saya katakan begitu?
Proses penuaan berlaku apabila jangkamasa pembentukan sel-sel yang membentuk organ telah mencapai tahap maksima. Selepas itu ia akan menyusut secara perlahan. Secara purata, ia berlaku pada umur 20an. Proses ini akan lebih cepat sekiranya anda terdedah kepada ancaman kesihatan yang banyak di sekeliling anda.
Bagaimana tubuh anda berbeza dengan struktuk benda ciptaan manusia?
Anggota yang digunakan akan bertambah, manakal benda ciptaan manusia mempunyai jangkahayat. Setelah digunakan dalam satu jangkamasa tertentu, ia akan musnah dan perlu diganti baru. Manakala tubuh anda akan melakukan adaptasi sesuai dengan keperluan anda.
Contohnya, sekiranya anda berjalan tanpa menggunakan kasut, tapak kaki akan menebal membentuk kasut yang melindungi kaki anda.

Tajuk perbincangan:
Pembentukan radikal bebas.
Pembentukan radikal bebas.
Apakah yang dimaksudkan radikal bebas?
Radikal bebas adalah seumpama molekul yang kekurangan tenaga. Radikal bebas  akan menyerang dan mencuri tenaga dari sel lain untuk menstabilkannya.
Asap rokok – sama ada anda perokok atau perokok pasif.
Lemak berlebihan- lebih berat badan atau kegemukan (Obese)
Toksin – dari bahan pencemaran udara atau /dan air.
Stres berterusan.
Radiasi- kosmik dari pancaran gelombang mikro termasuk talifon tangan atau wifi.
Apakah unit terkecil di dalam tubuh anda?
Ya. Atom positif dan negative. Oksigen yang anda sedut setiap saat bercas negative  O2.. Oksigen bergabung  dengan glukos di dalam sel untuk menghasilkan tenaga yang dikenali sebagai ATP. Proses ini disebut sebagai proses pernafasan sel (Cell Respiration). Di dalam keadaan biasa, terhasil penurunan oksigen dengan satu caj negative .
Satu sel boleh menyimpan glukos bergantung kepada keperluan tubuh. Contohnya, jantung yang berdenyut 80 kali seminit. Semua 100 trillion sel di dalam tubuh anda berkeupayaan menjana tenaga di dalam se untuk 80kali pertukaran oksigen seminit.
Sekiranya anda melakukan senaman hanya pada hujung minggu iaitu sekali seminggu tetapi dengan intensity yang tinggi dan sela masa yang lama, terjadi penurunan oksigen kepada 2 negatif caj membentuk H2O2 dan seterusnya 3 negatif caj dan terbentuklah hydroxyl radical . Tahukah anda hydroxyl radical adalah radikal bebas yang paling radikal? 
Bagaimana ini terjadi? Semasa anda bersenam sekali sehari pada hujung minggu, jantung anda berdenyut dengan pantas. 70 peratus lebih cepat dari denyutan jantung biasa. Sel-sel tubuh anda hanya mampu membekalkan oksigen untuk 80 kali penukaran oksigen seminit. Pertambahan denyutan jantung akan meningkatkan penggunaan oksigen. Ini menyebabkan penurunan oksigen sehingga 3 kali ganda itu.  Pada jangkamasa panjang, radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan dan kerapuhan struktur dinding sel. Kerosakan demi kerosakan akan menyebabkan kemusnahan DNA iaitu kromosom sel yang bertindak sebagai penyimpan maklumat sel-sel di dalam nucleus sel tersebut. Sel-sel ini akan pecah, tiada pergantian sel baru. Secara saintifik reaksi ini dikenali sebagai redox ( singkatan kepada penurunan oksigen- oxidation reduction) .
Secara umumnya, ia melibatkan semua tindakbalas kimia di dalam atom seperti karbon yang membentuk Karbon dioksida(CO2)  atau penuruan karbon oleh hydrogen menbentuk methane(CH4) . Ini adalah proses penukaran electron yang terjadi di dalam sel-sel di dalam tubuh anda.
Satu perumpamaam mudah sekiranya anda masih belum memahami, perhatikan besi berkarat di atas: Ia terjadi akibat proses yang sama. Ini juga terjadi kepad buah epal yang berubah menjadi lebam setelah beberapa lama di kupas.

Apa yang terjadi ?
Kemusnahan sel-sel tubuh secara berterusan(apoptosis). Sel-sel yang musnah tidak akan berganti lagi sekiranya kerosakan terjadi pada nucleus sel ini.


Jaga diri. (Take Care)


Apa yang anda maksudkan?Jaga tingkahlaku. Jaga sholat. Jaga makan- secara tetap. Jaga mulut. Jaga dengan kata berhati-hati di jalanraya. Jaga agar memperbaiki hubungan dengan orang lain.

Adakah anda merasa senang hati hari ini?
Adakah emosi anda paling gembira hari ini?
Adakah bekerja dengan penuh kegembiraan hari ini?

Hem.... agak-agak seminggu sebelum datang bulan memang emosi tak stabil. Sedih dan merungut dalam hati dengan perkataan yang mengutuk diri sendiri.

Memang suatu yang tidak patut. Bekerja di luar rumah dari jam 9.00 pagi sampai malam jam 10.00 malam. Hampir 19 tahun. Selepas balik dari rumah kedua iaitu tempat kerja ke rumah pertama. Isteri dan ibu, rumah pertama masih di rumah. Selepas 10 malam, kerja rumah pula menanti untuk dibereskan.

Sukar mencari keikhlasan dalam melakukan semua aktiviti kehidupan. Ingat doa dalam sholat mu. Boleh di sebut sewaktu sujud di dalam hati.Maksud firman Allah: " Wahai Tuhan ! Ikhlaskanlah aku di dalam melakukan sesuatu dan ikhlas setelah melakukan sesuatu. Dan jadikanlah aku seoarang yang hanya mendambakan balasan darimu dan hanya engkau sebagai penolong".

Hati dan otak yang diberikan Allah adalah percuma. Anggota badan yang sempurna - Allah pinjamkan. Tangan, kaki, mata. telinga, jantung, hepar, buah pinggang, sistem saraf beserta hormon-hormon yang mnghubungkan sistem-sistem tubuh adalah pinjaman dari Allah.

Alhamdulillah. Seorang yang ia banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah lebih baik. Apa lagi jom bekerja-bekerja dan terus bekerja. Lakukan yang terbaik. Semoga Allah memberi ganjaran yang lebih baik di sisinya di akhirat nanti.

Muda kali kedua - kekal selamanya. Nak jadi muda 17 an, jangan merungut. Seorang lelaki akan kekal pada umur 33 tahun . Hanya akan dinikmati jika kita layak menghuni syurga Allah.

Jangan terlalu suka melihat HANTU. Tetapi sentiasa berhati -hati, taqwa di dalam kerja harian, semuga dalam melihat TUHAN iaitu Allah, Tuhan sekelian alam.

Spicynodes