Photobucket

Jaga diri. (Take Care)


Apa yang anda maksudkan?Jaga tingkahlaku. Jaga sholat. Jaga makan- secara tetap. Jaga mulut. Jaga dengan kata berhati-hati di jalanraya. Jaga agar memperbaiki hubungan dengan orang lain.

Adakah anda merasa senang hati hari ini?
Adakah emosi anda paling gembira hari ini?
Adakah bekerja dengan penuh kegembiraan hari ini?

Hem.... agak-agak seminggu sebelum datang bulan memang emosi tak stabil. Sedih dan merungut dalam hati dengan perkataan yang mengutuk diri sendiri.

Memang suatu yang tidak patut. Bekerja di luar rumah dari jam 9.00 pagi sampai malam jam 10.00 malam. Hampir 19 tahun. Selepas balik dari rumah kedua iaitu tempat kerja ke rumah pertama. Isteri dan ibu, rumah pertama masih di rumah. Selepas 10 malam, kerja rumah pula menanti untuk dibereskan.

Sukar mencari keikhlasan dalam melakukan semua aktiviti kehidupan. Ingat doa dalam sholat mu. Boleh di sebut sewaktu sujud di dalam hati.Maksud firman Allah: " Wahai Tuhan ! Ikhlaskanlah aku di dalam melakukan sesuatu dan ikhlas setelah melakukan sesuatu. Dan jadikanlah aku seoarang yang hanya mendambakan balasan darimu dan hanya engkau sebagai penolong".

Hati dan otak yang diberikan Allah adalah percuma. Anggota badan yang sempurna - Allah pinjamkan. Tangan, kaki, mata. telinga, jantung, hepar, buah pinggang, sistem saraf beserta hormon-hormon yang mnghubungkan sistem-sistem tubuh adalah pinjaman dari Allah.

Alhamdulillah. Seorang yang ia banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah lebih baik. Apa lagi jom bekerja-bekerja dan terus bekerja. Lakukan yang terbaik. Semoga Allah memberi ganjaran yang lebih baik di sisinya di akhirat nanti.

Muda kali kedua - kekal selamanya. Nak jadi muda 17 an, jangan merungut. Seorang lelaki akan kekal pada umur 33 tahun . Hanya akan dinikmati jika kita layak menghuni syurga Allah.

Jangan terlalu suka melihat HANTU. Tetapi sentiasa berhati -hati, taqwa di dalam kerja harian, semuga dalam melihat TUHAN iaitu Allah, Tuhan sekelian alam.

0 comments:

Post a Comment

Spicynodes