MOTIVASI – SAYA AKAN BERSENAM HARI INI.
Peningkatan berat badan secara semulajadi akan meningkat sejajar dengan peningkatan umur. Ini adalah perubahan fisiologi semuladi. Kenapa ini terjadi?
Penambahan berat badan dan peningkatan ukur lilit pinggang adalah penunjuk yang tidak baik untuk kesihatan. Apa yang terjadi apabila ukur lilit pinggang bertambah? Perut membuncit akibat menambahan sel-sel lemak di keliling organ di dalam badan. Ini terjadi di antara otot-otot licin yang mengelilingi usus kecil anda. Ia memenuhi omentum yang melekat pada organ-organ di dalan tubuh anda.
Apa yang perlu anda ketahui mengenai sel lemak yang berlebihan ini?
Nanti saya akan kongsikan dengan anda.
Bersenam adalah kemestian setelah umur mencapai 30 an. Mengapa saya katakan begitu?
Proses penuaan berlaku apabila jangkamasa pembentukan sel-sel yang membentuk organ telah mencapai tahap maksima. Selepas itu ia akan menyusut secara perlahan. Secara purata, ia berlaku pada umur 20an. Proses ini akan lebih cepat sekiranya anda terdedah kepada ancaman kesihatan yang banyak di sekeliling anda.
Bagaimana tubuh anda berbeza dengan struktuk benda ciptaan manusia?
Anggota yang digunakan akan bertambah, manakal benda ciptaan manusia mempunyai jangkahayat. Setelah digunakan dalam satu jangkamasa tertentu, ia akan musnah dan perlu diganti baru. Manakala tubuh anda akan melakukan adaptasi sesuai dengan keperluan anda.
Contohnya, sekiranya anda berjalan tanpa menggunakan kasut, tapak kaki akan menebal membentuk kasut yang melindungi kaki anda.
Tajuk perbincangan:
Pembentukan radikal bebas.
Pembentukan radikal bebas.
Apakah yang dimaksudkan radikal bebas?
Radikal bebas adalah seumpama molekul yang kekurangan tenaga. Radikal bebas akan menyerang dan mencuri tenaga dari sel lain untuk menstabilkannya.
Asap rokok – sama ada anda perokok atau perokok pasif.
Lemak berlebihan- lebih berat badan atau kegemukan (Obese)
Toksin – dari bahan pencemaran udara atau /dan air.
Stres berterusan.
Radiasi- kosmik dari pancaran gelombang mikro termasuk talifon tangan atau wifi.
Apakah unit terkecil di dalam tubuh anda?
Ya. Atom positif dan negative. Oksigen yang anda sedut setiap saat bercas negative O2.. Oksigen bergabung dengan glukos di dalam sel untuk menghasilkan tenaga yang dikenali sebagai ATP. Proses ini disebut sebagai proses pernafasan sel (Cell Respiration). Di dalam keadaan biasa, terhasil penurunan oksigen dengan satu caj negative .
Satu sel boleh menyimpan glukos bergantung kepada keperluan tubuh. Contohnya, jantung yang berdenyut 80 kali seminit. Semua 100 trillion sel di dalam tubuh anda berkeupayaan menjana tenaga di dalam se untuk 80kali pertukaran oksigen seminit.
Sekiranya anda melakukan senaman hanya pada hujung minggu iaitu sekali seminggu tetapi dengan intensity yang tinggi dan sela masa yang lama, terjadi penurunan oksigen kepada 2 negatif caj membentuk H2O2 dan seterusnya 3 negatif caj dan terbentuklah hydroxyl radical . Tahukah anda hydroxyl radical adalah radikal bebas yang paling radikal?
Bagaimana ini terjadi? Semasa anda bersenam sekali sehari pada hujung minggu, jantung anda berdenyut dengan pantas. 70 peratus lebih cepat dari denyutan jantung biasa. Sel-sel tubuh anda hanya mampu membekalkan oksigen untuk 80 kali penukaran oksigen seminit. Pertambahan denyutan jantung akan meningkatkan penggunaan oksigen. Ini menyebabkan penurunan oksigen sehingga 3 kali ganda itu. Pada jangkamasa panjang, radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan dan kerapuhan struktur dinding sel. Kerosakan demi kerosakan akan menyebabkan kemusnahan DNA iaitu kromosom sel yang bertindak sebagai penyimpan maklumat sel-sel di dalam nucleus sel tersebut. Sel-sel ini akan pecah, tiada pergantian sel baru. Secara saintifik reaksi ini dikenali sebagai redox ( singkatan kepada penurunan oksigen- oxidation reduction) .
Secara umumnya, ia melibatkan semua tindakbalas kimia di dalam atom seperti karbon yang membentuk Karbon dioksida(CO2) atau penuruan karbon oleh hydrogen menbentuk methane(CH4) . Ini adalah proses penukaran electron yang terjadi di dalam sel-sel di dalam tubuh anda.
Satu perumpamaam mudah sekiranya anda masih belum memahami, perhatikan besi berkarat di atas: Ia terjadi akibat proses yang sama. Ini juga terjadi kepad buah epal yang berubah menjadi lebam setelah beberapa lama di kupas.Apa yang terjadi ?
Kemusnahan sel-sel tubuh secara berterusan(apoptosis). Sel-sel yang musnah tidak akan berganti lagi sekiranya kerosakan terjadi pada nucleus sel ini.
Post a Comment