Bersenam adalah satu cara meningkatkan suhu badan supaya semua fungsi organ berjalan dengan kadar maksima. Umpama memandu kereta 80 kali sejam. Jangan memandu had melebihi 80 , boleh ke. Ini adalah perumpamaan denyutan jantung 80 kali seminit. Semasa melakukan senaman berturutan ia meningkatkan denyutan jantung dengan sihat.Peningkatan jantung semasa tergesa-gesa melakukan kerja tak sama dengan peningkatan denyutan jantung semasa bersenam.
Celik mata ucaplah ‘Bismillah Irrahman Irrahim.Alhamdulillahi llazi ahyana ba’dama amatana wailaihin nusyur’. Ia sebagai satu perterjemahan AIl Fatihah di dalam kehidupan.
Kalau rasa tegang urat bahu, tolehkan kepala ke kanan dan kira dengan kiraan 8 baru toleh kepala ke kiri dan kira dengan kiraan 8.
Jika dah ringan badan sikit berdirilah di tepi katil anda .Hayunkan kaki berjalan setempat sehingga badan terasa ringan . Kemudian tendangkan kaki ke depan – kaki kanan dan kaki kiri berselang. Lenggangkan tangan dengan pergerakan santai. Ha.. nak berjalan macam itik pulang petang pun boleh. Inilah masa nak berlenggang lenggok, bila lagi.
Selepas penat menendang ke depan angkat kaki ke atas seperti pergerakan ‘marching’ atau berkawat . Angkat kaki tinggi sedikit dari pergerakan berjalan biasa.
Dah penat angkat kaki ke depan , langkah kaki selangkah ke kanan dan ke kiri. Kalau ada muzik ok juga. “Boleh menyelam sambil minum air.” Ini kata pepatah, cara begini meningkatkan kualiti penggunaan masa.
Cuba berdiri dengan sebelah kaki dengan sebelah kaki di hayun ke belakang. Berselang kaki kanan dan kaki kiri. Ini membantu memecahkan lemak di bahagian punggung. Satu variasi lain adalah dengan pergerakan ‘Leg curl’ iaitu dengan melangkah selangkah ke kiri dan kanan, lutut di bengkokkan ke belakang.
Anda boleh juga melihat video di bahagian kiri blog ini untuk bersama-sama melakukan senaman mudah ini
Saya berharap kita dapat melakukan senaman mudah ini 10 minit sebelum ke bilik mandi setiap hati bermula hari ini.
Post a Comment