Semasa usia muda, tiada rasa sakit- sakit badan. Tiada rasa letih. Bertenaga sampai malam .Bila umur meningkat melebihi 30 an, mula merasa kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit lutut dan sakit perut. Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda keluhan tubuh. Ambil berat keluhan-keluhan ini. Ia menandakan ketidak seimbangan kimia dan serangan bahagian-bahagian tersebut oleh radikal-radikal bebas yang menyebabkan kerosakan struktur-struktur bahagian tersebut. Kelebihan bahagian yang mengeluh, anda diberi tanda-tanda amaran menandakan kerosakan bahagian-bahagian tersebut secara perlahan-lahan.
Kerosakan organ-organ dalam terutama jantung dan buah pinggang dan kerosakan mata akan berlaku perlahan-lahan terutama bagi pesakit yang mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Satu penyakit yang ditakuti dan menyerang tiba-tiba adalah strok.
Penyumbatan salur darah di otak yang menyebabkan strok dan serangan sakit jantung secara tiba-tiba mungkin boleh meragut nyawa. Keadaan ini boleh berlaku akibat stress secara fizikal yang menyebabkan dinding di dalam salur darah pecah dan meransang tindakan proses penampalan kebocoran salur darah ( oleh platelet) .Bahagian salur darah tersebut juga akan memuntahkan kandungan lemak dan tindakan memakan lemak-lemak yang terbebas ini oleh sel-sel darah putih (macrophage) akan menyebabkan penyumbatan salur darah secara menyeluruh. Aliran darah akan tersekat dari mengalir di kawasan itu. (atheroma)
50 peratus respondan mengalamai keletihan, kurang bermaya menjelang malam,30peratus mengalami sakit sendi dan 10 peratus mengalami masalah tidak lena tidur dan 10 peratus lagi mengalami masalah kembung perut dan kebas tangan dan sakit tumit.
Sekiranya anda membaca blog ini dan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di atas: Sila berikan komen anda. Bagaimanakah cara anda mengurangkan rasa-rasa sakit ini?
assalamualaikum,,,doktor. saya berumur 22tahun. sy sering mengalami masalah sakit sendi di bahagian belakang.adakah sakit sendi pada waktu yang muda ini akan menjadi lebih teruk apabila umur menjangkau 30tahun dan ke atas nanti??