Photobucket

JANTUNGKU. KURUS VS GEMUK. MD.UKM .OHD (NIOSH) ,WELLNESS CONSULTANT (OUM)

                                                                
JANTUNGKU- KURUS VS GEMUK.

Jantung vs Buah hati.

Anda perlu mejaga jantung di dalam dada anda. Jantung sihat. Aset kesihatan yang tiada nilainya. Apabila jantung ini sihat, anda boleh bekerja untuk mencari kekayaan di dunia dan beramal soleh kerana Allah untuk dana akhirat yang lebih kekal abadi.

Sebaliknya jika sakit jantung , tekanan darah tinggi dan kencing manis tanpa ada ikhtiat untuk mendapat rawatan untuk kawalan terbaik, anda menzalimi diri sendiri. Mungkin banyak impian dan perancangan masa depan  untuk keluarga. Adakah  niat di dalam hati anda untuk kekal sihat sepanjang hayat? Setiap kali saya melintasi Klinik Kesihatan atau mana-mana hospital, niat dan doa saya: “Ya Allah, hidari diriku dari menjadi pesakit di mana-mana hospital”. Anda juga boleh melakukan yang serupa.

BILA BERAT BADAN NAIK.Ia mengganggu fungsi sistem badan anda. Apakah maksud: Setiap sesuatu di jadikan pada kadarnya.

Sedikit perkongsian pengalaman: Semasa melahirkan anak keempat. Saya menjalani pembedahan LSCS (lower segmen caecarian section) dan perlu di bius ‘epidural’ dan ‘general anaestesia’. Semasa menjalani pembedahan saya seolah-olah bermimpi, saya adalah papan catur di atas sekeping papan catur. Ada tangan yang besar menggerakkan saya. Setelah tersedar, saya berfikir, apakah maksud mimpi saya itu?
Saya berpendapat, saya adalah seorang insan kerdil yang menumpang sementara di bumi Allah sebelum dijemput kembali di sisi Allah atau kembali kerahmatullah. Segala yang kita hadapi di dalam hidup ini ada sempadan atau kadarnya. Apakah kadar sesuatu yang kita hadapi atau perlu dilakukan perlulah berdasarkan ilmu. Sekiranya anda tidak tahu tanyalah kepada ahlinya. Buat sesuatu perkara setelah anda tahu apa yang anda lakukan adalah betul dan benar. Neraca timbang sesuatu perbuatan itu adalah neraca untuk memperolehi rahmat dan keampunan Allah. Bukan jalan kemurkaannya. Seperti pepatah  Melayu,: Ikut hati, MATI. Ikut rasa, BINASA. Jadi kena ikut akal dan ilmu sebelum melakukan sesuatu. Bahagia dunia, bahagia akhirat.

Berbalik kepada cerita tekanan darah, tekanan darah yang baik dan tidak membebankan jantung adalah  110/70mmHg. (<120/<80mmHg.).Tahukah anda bahawa hanya 1-5 % sahaja mereka yang mengalami tanda-tanda seperti tegang di tengkuk, pening atau sakit kepala akibat peningkatan tekanan darah tinggi. 95-99 % mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak akan mengalami sebarang gejala tetapi jantung di dalam dada mereka menderita.

Makan.makan dan makan. Berat badan pun bertambah. Sel lemak ini seperti mashmallo atau katak kembung atau seperti spongbob yang direndam dan menyerap air. Ia mngembung dan menghimpit salur darah di sekelilinga. Sel lemak juga mengeluarkan bahan kimia yang mengganggu fungsi sistem badan yang normal.
Perumpamaam mudah bila ada  kebanjiran pendatang asing, mereka juga akan memerlukan makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan dan sebagainya. Mereka akan menggunakann sumbe di dalam Negara dan rakyat tempatan perlu bekongsi sumber keperlun tersebut bersama mereka.
ANDA MEMILIH. KEKAL KURUS ATAU GEMUK.


0 comments:

Post a Comment

Spicynodes