Photobucket

JANTUNGKU. KURUS VS GEMUK. MD.UKM .OHD (NIOSH) ,WELLNESS CONSULTANT (OUM)

                                                                
JANTUNGKU- KURUS VS GEMUK.

Jantung vs Buah hati.

Anda perlu mejaga jantung di dalam dada anda. Jantung sihat. Aset kesihatan yang tiada nilainya. Apabila jantung ini sihat, anda boleh bekerja untuk mencari kekayaan di dunia dan beramal soleh kerana Allah untuk dana akhirat yang lebih kekal abadi.

Sebaliknya jika sakit jantung , tekanan darah tinggi dan kencing manis tanpa ada ikhtiat untuk mendapat rawatan untuk kawalan terbaik, anda menzalimi diri sendiri. Mungkin banyak impian dan perancangan masa depan  untuk keluarga. Adakah  niat di dalam hati anda untuk kekal sihat sepanjang hayat? Setiap kali saya melintasi Klinik Kesihatan atau mana-mana hospital, niat dan doa saya: “Ya Allah, hidari diriku dari menjadi pesakit di mana-mana hospital”. Anda juga boleh melakukan yang serupa.

BILA BERAT BADAN NAIK.Ia mengganggu fungsi sistem badan anda. Apakah maksud: Setiap sesuatu di jadikan pada kadarnya.

Sedikit perkongsian pengalaman: Semasa melahirkan anak keempat. Saya menjalani pembedahan LSCS (lower segmen caecarian section) dan perlu di bius ‘epidural’ dan ‘general anaestesia’. Semasa menjalani pembedahan saya seolah-olah bermimpi, saya adalah papan catur di atas sekeping papan catur. Ada tangan yang besar menggerakkan saya. Setelah tersedar, saya berfikir, apakah maksud mimpi saya itu?
Saya berpendapat, saya adalah seorang insan kerdil yang menumpang sementara di bumi Allah sebelum dijemput kembali di sisi Allah atau kembali kerahmatullah. Segala yang kita hadapi di dalam hidup ini ada sempadan atau kadarnya. Apakah kadar sesuatu yang kita hadapi atau perlu dilakukan perlulah berdasarkan ilmu. Sekiranya anda tidak tahu tanyalah kepada ahlinya. Buat sesuatu perkara setelah anda tahu apa yang anda lakukan adalah betul dan benar. Neraca timbang sesuatu perbuatan itu adalah neraca untuk memperolehi rahmat dan keampunan Allah. Bukan jalan kemurkaannya. Seperti pepatah  Melayu,: Ikut hati, MATI. Ikut rasa, BINASA. Jadi kena ikut akal dan ilmu sebelum melakukan sesuatu. Bahagia dunia, bahagia akhirat.

Berbalik kepada cerita tekanan darah, tekanan darah yang baik dan tidak membebankan jantung adalah  110/70mmHg. (<120/<80mmHg.).Tahukah anda bahawa hanya 1-5 % sahaja mereka yang mengalami tanda-tanda seperti tegang di tengkuk, pening atau sakit kepala akibat peningkatan tekanan darah tinggi. 95-99 % mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak akan mengalami sebarang gejala tetapi jantung di dalam dada mereka menderita.

Makan.makan dan makan. Berat badan pun bertambah. Sel lemak ini seperti mashmallo atau katak kembung atau seperti spongbob yang direndam dan menyerap air. Ia mngembung dan menghimpit salur darah di sekelilinga. Sel lemak juga mengeluarkan bahan kimia yang mengganggu fungsi sistem badan yang normal.
Perumpamaam mudah bila ada  kebanjiran pendatang asing, mereka juga akan memerlukan makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan dan sebagainya. Mereka akan menggunakann sumbe di dalam Negara dan rakyat tempatan perlu bekongsi sumber keperlun tersebut bersama mereka.
ANDA MEMILIH. KEKAL KURUS ATAU GEMUK.


OBESITI -TURUNKAN BERAT BADAN.

OBESITI (KEGEMUKAN) - TURUNKAN BERAT BADAN.


DEFINISI OBESITI:  Ia bermaksud berat badan unggul melebihi 27.0 bagi masyarakat Asia.

KESAN OBESITI KEPADA KESIHATAN:

Setiap fungsi anggota mempunyai kapasiti maksima untuk berfungsi dengan baik.  Ukurannya adalah dengan perkadaran ‘normal’ atau kebiasaannya. Fungsi jantung paling baik dengan dengutan di antara 72- 80 kali seminit dengan saiz yang biasa sebesar genggaman tangan setiap orang.

Obesiti menambah beban jantung untuk mengepam darah ke sel-sel lemak yang mengembung seperti mashmallo ini. Sel-sel tubuh terhimpit dan kurang oksigen yang sampai ke semua 100 trillion sel untuk pemulihan dan menjalankan fungsi masing-masing. Penimbunan lemak di bawah didnding salur darah memburukkan lagi keadaan. Lebih tekanan yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruhan rakyat-rakyatnya , sel-sel tubuh itu.

Akibatnya sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser. Sel-sel kanser merebak dengan keperluan oksigen 1/5 daripada keperluan sel biasa dalam repilikasi sel untuk penggantian sel baru.

KESIAN JANTUNG. APA ANDA PERLU LAKUKAN – TURUNKAN BERAT BADAN.
ELAKKKAN RISIKO KANSER – TURUNKAN BERAT BADAN.
ELAKKAN TEKANAN DARAH TINGGI- TURUNKAN BERAT BADAN.

Rangka badan manusia terdiri dari tulang belakang, tulang rusuk , tengkorak kepala, tulang tangan dan tulang kaki. Bumi mempunyai tarikan graviti untuk memastikan anda terpasak di bumi. Bukan seperti di angkasa, Prof Dr. Muzaffar terapung di angkasa.   Semasa anda berjalan , keseluruhan berat badan tertumpu kepada dua lutut dan tapak kaki. Berat berlebihan mempercepakan proses penuaan sendi lutut. Ia menyebabkan ‘Osteoarthritis’- radang tulang dan sendi. Radang ini juga boleh berlaku di sepanjang tulang belakang , spondylosis.

 Urat-urat kaki membentuk tapak kaki, bahagian tengah tapak kaki tidak berpijak di bumi. Obesiti akan menyebabkan regangan berterusan pada urat-urat tapak kaki dan menyebabkan ‘plantar fascitis”- radang urat kaki.

KESIAN LUTUT DAN URAT KAKI- TURUNKAN BERAT BADAN.

Makan . makan dan makan. Prinsipalnya glukos, asid amino dan asid lemak yanag berlebihan perlu disingkirkan dengan pembakaran untuk kegunaan aktiviti. Kurang pergerakan fizikal akan menyebabkan penimbunan zat makanan ini di dalam tubuh. Glukos yang terjadi dari pemecahan nasi, roti canai, mee hoon, mee , keutiau dan capati akan bertukar kepada bentuk lemak juga sebagai simpanan.

Kenapa ada orang kurus juga mengalami kencing manis dan paras kolesterol tinggi di dalam darah ‘hypercholesteronaemia’? Ia terjadi kerana sel-sel lemak di bawah kulit ada pada jumlah yang tertentu. Tiada penambahan sel-sel lemak selepas baligh . Oleh itu walaupun berat badan unggul masih boleh menderita penyakit kencing manis  dan ‘hypercholesteronaemia’. Tetapi sekiranya anda  obes, risiko anda adalah lebih tinggi berbanding orang dengan berat badan unggul. Ini adalah alasan mengapa pemeriksaan ujian darah untuk mengesan penyakit kencing manis dan kolesterol perlu dilakukan setahun sekali. Menyapa fungsi pancreas dan salur  darah(“ atheroscelosis”) yang meradang tapi senyap tanpa menyeluh.

Tidak seperti lutut dan tapak kaki yang bengkak dan sakit.

Kesan kepada penyempitan saraf di pergelangan tangan – ‘carpal tunnel syndrome’ juga akibat sel-sel lemak dan cecair ke ruang ketiga sel-sel. Lebih ketara dalam kalangan wanita seminggu sebelum kedatangan haid.

KESIAN SARAF PERGELANGAN TANGAN YANG TERSEPIT- TURUNKAN BERAT BADAN.

Jom bersama kami:  OBESITI DAN KEGEMUKAN – TURUNKAN BERAT BADAN.
TRIMMERZ  -   produk untuk menurunkan berat badan. 


Kandungan utama adalah susu kambing dan oryza peptide (berasal dari kotilidan beras) dan garcinia cambogia (extrak asam keeping) untuk menghalang adenosine triphosphate citrate lyphase iaitu menghalang sintesis karbohidrate dan lemak  dan menghalang menimbunan lemak di dalam tubuh.

Anda boleh makan nasi macam biasa.  Kesan penuruna berat badan akan lebih cepat dengan pengambilan susu kambing menggantikan susu lembu. Ia bertindak sebagai pencuci usus ('colon cleanser') kerana sifat susu kambing alkali, mudah larut di dalam ph enzim penghadaman alkali. Kurangkan minuman manis juga.

Jika anda berminat untuk turunkan berat badan dan menjana pendapatan, hubungi kami di 019 6198146. Sms atau whats app.



Spicynodes