Photobucket

Pesanan untuk anak-anakku, Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Wahai anak –anakku,pesanan menjelang Ramadhan.
Kisah cinta drama Korea nampaknya menjadi kegilaan remaja perempuan kini. Anak-anak lelaki  pula dengan Hip Hopnya. Hand phone pula memang menjadi teman sejati anak-anak . Lebih-lebih lagi program yang menawarkan internet dan mereka boleh melayari facebook dan tweeter di dalamnya. Pilihan mereka hanya di hujung jari.
Teringat saya kata Saidina Omar: “Didiklah anak-anak kamu untuk zaman mereka”. Macam mana ya. Ummi kena like semua anak-anak dalam facebook. Pun begitu, mungkin tak akan dapat mengikuti setiap aktiviti anak-anak di lima lokasi setiap saat dan ketika.
Wahai anak-anak. Memang ummi tak akan tahu dengan siapa dan untuk apa digunakan handphone itu tetapi Allah Maha Melihat. Tanamkan sifat Ihsan di dalam diri: Lakukanlah sesuatu seolah-olah kamu  merasa  kan melihat Allah, tidak sekali kamu dapat melihat Allah tetapi yakinlah Allah sentiasa melihat kamu.
Bayangkan sekiranya seseorang bersunyi-sunyi dengan teman lelakinya dan mereka merasa Allah Maha Melihat, sudah pasti mereka hanya akan keluar bukan berdua-duan tetapi berempat bersama rakan atau muhrim lain yang sudah berkahwin bersama mereka. Beginilah kami semasa mengenal pasangan bukan keluar berdua tetapi berempat. Bukan juga bertiga bersama kawan lelaki teman lelaki kamu atau bertiga dengan kawan perempuan kamu. Ramai juga teman lelaki yang akhirnya dipikat atau memikat kawan perempuan teman wanitanya.
Hem seperkara lagi. Nak tahu rahsia lelaki: Mereka akan mengejar cinta mereka. Maksudnya kalau mereka mencintai seseorang ,  orang itu sahaja yang digilainya. Sesiapa yang bertepuk sebelah tangan , lebih baik tarik diri kerana berkorban sampai bunuh diri pun tak akan dipandangnya. Redhalah kekasih hati tak sudi kerana cinta bukan semestinya memiliki. Paling penting jadikan hubungan cinta kepada manusia hanya untuk memperolehi cinta Ilahi.
Kami tidak mengharapkan apa-apa, hanya jadikanlah diri kalian seorang anak sholeh dan selohah sebagai harga paling berharga buat ummi dan abuya. Sehari di hujung minggu, setiap minggu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali ziarahlah kami. Jadikanlah apa yang kami lakukan terhadap nenek sebagai ikutan .
Berbakti kepada ummi dan abuya semasa hayat masih ada. Pun begitu, kalian masih perlu berbakti kepada kedua ibubapa walaupun setelah kami meninggal dunia.
Ada orang marah apabila di ingatkan tentang tanggungjawab hubungan manusia dengan Allah dalam mendirikan sholat 5 waktu sehari semalam. Ini adalah tanda kesyukuran dan tanda seorang mendirikan tiang di dalam memelihara Ad deen . Hanya bertuhankan Allah bukan manusia atau harta. Ada orang yang mendirikan rumah seperti mahligai berjuta ringgit nilainya, tak sampai sebulan ajal menemuinya. Kata di antara mereka: “Apa engkau sibuk, kubur masing- masing lah”. Saya tanya kepada anak ini: “Adakah sama anak burung dengan anak manusia?”.
Tiada dakwa dakwi di antara haiwan tetapi seorang anak yang sholeh dapat membantu ibu ayah yang telah meninggal dunia. Doa di selepas setiap waktu sholat:” Rhabbir Fqfirlana waliwalidiina warhamhuma kama rabbayani shoqira”. Wahai tuhan kami ampunilah kedua ibu bapa kami dan rahmatilah keduanya seperti mana mereka mengasuh kami sejak kami kecil. Adakah tiada balasan azab kepada kedua  ibubapa sekiranya anak-anak yang mereka tinggalkan di dunia tidak sembahyang dan tentu sekali tiada doa kehadrat Allah memohon keampunan dan kerahmatan untuk mereka di alam kubur.
Anak adalah anugerah Allah yang paling besar kepada sepasang suami isteri. Tetapi alangkah malangnya anak yang lahir dari rahim seorang dari perbuatan maksiat hasil perzinaan atau sumbang mahram. Anak-anak ini yang kita dengar dibuang merata-rata seperti sampah. Sekiranya lahir kedunia tiada kerahmatan kekeluargaan yang sepatutnya menyumbang sebagai sekolah asuhan pertama manusia dalam mengisi kesempatan di dunia. Akhirnya tidak berkecuali seorang pun pasti mati. Mati adalah satu permulaan di alam ketiga di dalam perjalanan manusia menuju dan  menemui tuhannya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan . Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan. Selamat datang Bulan Ramadhan yang mulia. Segala amalan sholeh yang disukai Allah akan digandakan pahalanya. Sama-samalah kita berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga. Pelihara lidah dari percakapan yang sia-sia. Penuhi dengan ucapan zikir, istighfar dan membaca serta meneliti maksud Al-Quran. Satu juzuk sehari dan sekali khatam pada akhir Ramadhan ini.
Pelihara nafsu makan waktu berbuka. Berbuka secara sederhana dan jangan membazir. Jangan beratkan perut sehingga tertidur. Tak sempat bersama Imam menghidupkan malam Ramadhan dengan sholat Tarawih. Sholat ini hanya datang dan ditunaikan semasa Bulan Ramadhan yang mulia. 8 atau 23 bukan menjadi ukuran . Hanya kesyukuran dan kekusyukan melayan roh di dalam jasad untuk bermunajat sesuai dengan janjinya di hadapan Allah. “Sesungguhnya solatku dan  seluruh kehidupanku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.
Perbaiki niat dan ingat untuk niat bagi setiap aktiviti seharian. Berpakaian menutup aurat kerana Allah terlintas di hati setiap kali siap berpakaian. Semoga pakaian yang di pakai memperlihatkan ketrampilan di pemakai. Nampak Islam itu indah kerana Allah suka keindahan. Tetapi batas perhiasan janganlah melampau dan hindari niat untuk menunjuk dan menarik perhatian.
Satu niat, 10 ganjaran untuk akhirat. Ini merupakan objektif suatu aktiviti tersebut.  Bukankah buka catatan amalan setiap dari kita akan kita baca sendiri. Buku catatan yang akan ditulis oleh Malaikat Rakib dan ‘Atid di kanan dan kiri kita. Pastikan setiap aktiviti dimulakan dengan objektif iaitu niat. Ia juga adalah doa yang menandakan lemahnya manusia yang mengangkat Allah sebagai Al ‘Azim yang Maha Besar dan A’la yang Maha Tinggi.   Tiada perintah dan larangan yang patut di junjung oleh seorang HAMBA ALLAH jika kita yakin untuk bertemunya.
Wallahu A’lam.

Spicynodes