Terasa sejuk sapaan angin pantai Port Dickson ke muka ku. Alhamdulillah. Pandangan keluar dari balkoni hotel penginapan memaparkan langit yang hitam pekat tanpa sebutir bintang pun kelihatan. Ah! Jangan begitu juga hatiku.
Ya Allah lembutkan sekeping hati ini semoga mudah menerima hidayahmu.
Ku berada di dalam rahim ibu keseorangan.
Dilahirkan ibu ke dunia yang sementara ini berseorangan.
Suatu kepastian, setelah jantung hadiah Allah ini tidak berdenyut lagi, habislah peluang untuk berbakti di alam maya ini. Justeru setelah ajalku sampai, tidak akan didahulukan sedetik atau dilambatkan sedetik pun. Begitu maksud kata-kata Allah di dalam Al Quran.
Ku letakkan tangan kanan ke dada kiriku. Dapat ku rasai denyut jantung: “dup dup dup dup.”
Mengimpau detik 20 Februari 2008.
Beberapa hari sebelum abah tersayang di jemput Allah Rabbal ‘Alamin.
Diperbaringan, sudah 2 hari dia tidak sedarkan diri. Dadanya berombak, turun naik dengan pernafasan yang dalam. Kami adik beradik dan ipar duai mengambil giliran untuk berada di sisinya. Membaca Al Quran dan Surah Yasin dan lafas kalimah shahadah di telinga kanannya.
Akhirnya detik 1.30 tengahari bersama laungan azan dari Surau Al Mustakim abah menghembuskan nafasnya yang akhir.
Tersedar dari lamunan, air mata menuruni pipiku yang kendur. Tanyaku pada hati, : “Kenapa aku menangis?”. Sedih? Kenapa aku sedih?”. Bagaimana jika aku yang mengganti tempatnya? Kata benakku.Sanggupkah aku ? Kata hatiku.
Kata benakku: Jika engkau tidak sanggup, mengapa engkau menangis?
Sedih kerana aku ditinggalkan. Kesedihan adalah suatu yang lumrah sekiranya menghadapi suatu musibah. Sedih apabila ditimpa suatu kesusahan. Sedih sehingga memudaratkan diri sendiri , menzalimi diri sendiri adalah suatu yang yang tidak wajar.
Kesedihan yang melampau akan menyebabkan kemurungan . Ia merupakan satu penyakit psikologi. Walaupun begitu, ransangan saraf dalam sela mod sedih secara berterusan akan menyebabkan kesan stress berterusan kepada keseluruhan sistem tubuh anda sendiri.
Stress bukan hanya ketika marah. Anda juga sebenarnya di dalam keadaan stress apabila anda di dalam keadaan sedih.
Hindarkanlah sedih yang melampau. Satu petikan maksud firman Allah di dalam surahAl-Syarh ayat 5 dan 6: “Oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayaanmu)bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
Kemudahan.Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.